suria

United Pinjamkan Macheda Kepada QPR Hingga Habis Musim

LONDON: Penyerang Manchester United kelahiran Itali, Federico Macheda telah menyertai kelab QPR secara pinjaman sehingga habis musim bagi membolehkannya mengekalkan kecergasannya.

Ini memandangkan peluang Macheda bermain dalam kesebelasan utama United agak malap musim ini tetapi pada masa yang sama, Pengurus Sir Alex Ferguson enggan melepaskkannya menyertai kelab lain secara kekal.

Penyerang berusia 20 tahun itu kini menjadi pemain pertama yang dibawa masuk oleh Pengurus QPR, Neil Warnock sebaik sahaja pintu perpindahan dibuka semula pada 1 Januari.

Macheda telah diberi jersi bernombor 33 oleh QPR.

Musim lalu, penyerang itu telah dipinjamkan ke kelab Itali, Sampdoria dan memberikan impak yang besar kepada kelab tersebut.

Namun sekembalinya semula ke United, Macheda mendapati, tempatnya di barisan hadapan masih terhad dengan prestasi tinggi yang ditunjukkan oleh hampir kesemua penyerang United yang lain.

Di samping penyerang utama Wayne Rooney, United juga dibarisi oleh beberapa penyerang antarabangsa yang berkaliber seperti Dimitry Berbatov, Javier Hernandes, Danny Wellbeck dan Michael Owen.

Macheda pertama kali mencuri perhatian umum apabila dia dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan liga menentang Aston Villa pada April 2009 dan lima minit kemudian menjaringkan gol yang membawa kemenangan dan kejuaraan liga buat kelab tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain