suria

Annuar Restui Sathianathan Latih ATM

KOTA BAHARU: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata penghijrahan bekas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baru adalah dengan kerelaannya.

Katanya beliau merestui penghijrahan Sathianathan itu dengan hati terbuka demi masa depan jurulatih berkenaan.

"Saya sangat memahami sikap Sathianathan dan telah berbincang dengannya secara terbuka," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kedudukan Sathianathan yang akan menjadi jurulatih ATM bagi kempen Liga Perdana musim depan.

"Dia berhasrat kembali ke bidang kejurulatihan. Bagi saya tak ada masalah memberi ruang kapada beliau kerana dia sangat profesional dan berkaliber serta mempunyai bakat yang tinggi.

"Kalau saya tak benarkan, dia tidak akan tinggalkan Kelantan kerana minatnya begitu tinggi dan terhutang budi kepada negeri ini," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain