suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal Ke Suku Akhir :Jurulatih Kedah Salahkan Pengadil

ALOR SETAR: Jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan menyalahkan pengadil perlawanan antara Kedah dan Perak malam Selasa, yang membatalkan dua gol Kedah pada separuh masa pertama, sebagai punca pasukan Kedah gagal layak ke suku akhir.

"Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi kami dirompak oleh pengadil perlawanan menyebabkan gagal untuk mencari gol kemenangan untuk ke peringkat suku akhir.

"Pengadil membuat Keputusan yang langsung tidak masuk akal," katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu di Stadium Darulaman di sini malam Selasa.

Dua jaringan penyerang Badrol Bakhtiar seawal minit ke-11 dan minit ke-38 dibatalkan oleh pengadil perlawanan dengan alasan pemain Kedah berada dalam keadaan ofsaid dan Badrol mengganggu penjaga gol Perak Kamarul Affandi.

"Saya mahu FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan pengerusi pengadil melihat semula ulang tayang perlawanan itu bagi memastikan tindakan yang dibuat oleh pengadil itu betul ataupun tidak," kata Wan Jamak.

Kedah menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan melakukan banyak serangan dan beberapa percubaan berbahaya namun gagal menghasilkan gol disebabkan kekentalan pertahanan Perak.

Keputusan kontroversi pengadil itu juga menyebabkan lebih 20,000 penyokong setia pasukan itu tidak puas hati sehingga ada segelintir bertindak agresif membaling objek ke arah pengadil ketika tamat separuh masa pertama.

Mereka juga berkumpul di perkarangan stadium selepas perlawanan sambil bersorak dan menyanyikan lagu pasukan.

Perlawanan itu berakhir dengan kedudukan seri 1-1, menyebabkan Kedah hanya mampu menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan A di belakang Perak dan Sabah, sekaligus gagal ke peringkat seterusnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Wusyu Sasar Tiga Emas Sukan SEA

Artikel Berikut

Artikel Lain