suria

Adidas, al-Ikhsan Tawar Hadiah Menarik Untuk Penyokong Chelsea

PUTRAJAYA: Penyokong kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea berpeluang meraih lima hadiah menarik dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Adidas dan butik aL-ikhsan bermula September 2011 hingga Mei 2012.

Peraduan ini terbuka kepada semua dan hanya perlu membeli barangan Adidas bernilai RM150 termasuk jersi pasukan Chelsea (jersi tuan rumah, jersi tempat lawan dan jersi ketiga), pakaian latihan serta pakaian rasmi pasukan.

Pengurus Jenama Adidas Malaysia, Bryan Gee (gambar) berkata, pihaknya gembira kerana dapat bekerjasama dengan al-ikhsan Sports dalam memberi peluang kepada penyokong-penyokong Chelsea untuk merebut peluang meraih pengalaman berharga sepanjang peraduan ini berlangsung.

“Malaysia telah membuktikan bidang pemasaran ini amat penting dan telah mendapat sambutan menggalakkan dalam tempoh tiga tahun ini.

“Butik Kelab Penyokong Chelsea (CFC) dianggap sebagai kunci utama untuk semua peminat Chelsea yang berada di Malaysia dalam merasai kehangatan seperti mana berada di Stamford Bridge,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Sementara itu, Pengurus Senior Operasi Pemasaran al-ikhsan, Yuremi Mohd Nor berkata, butik al-ikhsan di Putrajaya dan Bukit Bintang menjadi butik rasmi bagi peraduan ini, namun peminat-peminat Kelab Chelsea juga boleh menyertai peraduan ini di butik-butik al-ikhsan lain seluruh Malaysia.

Selain itu, pemenang-pemenang bagi peraduan ini berpeluang meraih hadiah bulanan yang disediakan termasuk mengunjungi Stamford Bridge untuk melihat latihan pasukan secara langsung, peluang bertemu penjaga gol terkenal Petr Cech, Frank Lampard, tiket ke majlis Anugerah Pemain Terbaik Chelsea 2012, manakala hadiah utama peraduan ialah dapat bersama skuad dalam Jelajah Pasukan Pra Musim.

Selain butik al-ikhsan di Malaysia, Adidas turut bekerjasama dengan butik-butik sukan terkenal di Singapura dan Thailand.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain