suria

Yuzy Puas Hati Aksi Zaqwan

PENGURUS pasukan Pachie Yuzy Honda Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak didiknya, Mohd Zaqhwan Zaidi sepanjang Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 minggu lalu.

Dia berharap agar pelumba remaja itu terus tampil cemerlang apabila Pusingan Kejuaraan berlangsung di Stadium Kluang, Johor pada 24 dan 25 September ini.

Yuzy percaya Zaqhwan telah membuktikan bakat yang ada setelah berjaya beraksi dengan konsisten menyaingi pelumba-pelumba berpengalaman sepanjang musim penuh yang pertamanya dalam kategori CP130.

Ini meletakkan pelumba 16 tahun itu berada di tangga ketujuh keseluruhan dengan 53 mata, hanya 10 mata ketinggalan kepada pelumba di tangga kedua, Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Fastrac Racing) yang mengumpul 63 mata dan tujuh mata ketinggalan berbanding Mohd Affendi Rosli (Harian metro TEQ SCK Honda Racing) di tangga ketiga dengan 60 mata.

Mendahului senarai merupakan rakan sepasukan Affendi, Norizman Ismail dengan 87 mata.

"Berada di tangga ketujuh merupakan pencapaian yang agak baik bagi pelumba baru sepertinya memandangkan kebanyakan pelumba dalam kategori CP130 ini sudah beraksi sejak beberapa tahun dulu lagi.

"Dalam masa yang singkat, Zaqhwan telah menunjukkan banyak peningkatan dan berdasarkan pencapaian seperti ini, saya yakin dia mampu untuk pergi lebih jauh,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain