suria

Beregu Kita Mara Ke Suku Akhir Masters China

KUALA LUMPUR: Beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Siri Super Masters China di Changzhou, malam ini.

Pilihan kelima kejohanan itu mengambil masa 36 minit untuk menewaskan beregu bukan pilihan Chen Hung Li/Lin Yu Lang dari Taiwan 21-14, 9-21, 21-17.

Koo dan Tan dijadualkan bertemu pilihan ketiga Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan esok.

Sementara itu, pemain profesional negara Muhammad Hafiz Hashim menamatkan saingan dalam perseorangan lelaki setelah tumpas pada pemain tuan rumah dan pilihan nombor satu, Lin Dan, 21-14, 18-21, 9-21.

Peserta Malaysia yang lain juga gagal meneruskan cabaran setelah tewas pada lawan masing-masing.

Dalam beregu wanita, Vivian Hoo/Woon Khe Wei kalah pada Hsing Cheng Wen/Chin Chien Yu dari Taiwan 16-21, 15-21, Ng Hui Lin/Ng Hui Ern diketepikan Cheng Shu/Pan Pan dari China 10-21, 16-21 dan Chong Sook Ching/Goh Liu Ying kecundang 17-21, 9-21 di tangan pilihan pertama Wang Xiaoli/Yu Yang dari China.

Dalam beregu campuran pula, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tunduk pada beregu Korea Selatan Yoo Yeon Seong/Jang Ye Na 21-16, 10-21, 20-22. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain