suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KBS Perlu Ada Peruntukan Simpanan Untuk Bola Sepak Dan Hoki ke Olimpik

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mempunyai peruntukan simpanan daripada sebahagian RM26 juta dana Olimpik tahun depan, sebagai persediaan skuad bola sepak dan skuad hoki lelaki negara sekiranya mereka layak ke sukan temasya terbesar dunia itu.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kedua-dua pasukan itu, yang dilihat berpotensi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London itu, melibatkan kumpulan atlet yang besar.

"Kita perlu mempunyai peruntukan simpanan supaya tidak menghadapi tekanan atau kekangan kewangan sekiranya kedua-dua pasukan tersebut layak ke London," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran kementeriannya di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media mengenai cadangan pihak tertentu yang mahu KBS menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada sukan-sukan yang berpotensi meraih emas seperti badminton dan berbasikal.

Katanya selain bola sepak dan hoki, sukan-sukan dalam program 'Road to London' iaitu berbasikal, badminton, terjun dan memanah kini berada di atas landasan yang betul dan diharap akan menyumbang pingat menerusi temasya tersebut.

Sementara itu lebih 15,000 tetamu termasuk ahli persatuan-persatuan belia, atlet, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim, wartawan dan warga KBS menghadiri majlis rumah terbuka tersebut.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan artis tempatan termasuk Farah Fauzana, Jaqueline Victor, Awie, Misha Omar dan Azlan Type Writer.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara

Artikel Lain