suria

Williams Disiasat Pegawai Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat

Williams bertelagah dengan pegadil Asderaki pada set kedua perlawanan akhir perseorangan wanita Terbuka Amerika Syrikat, awal pagi Isnin.
Williams bertelagah dengan pegadil Asderaki pada set kedua perlawanan akhir perseorangan wanita Terbuka Amerika Syrikat, awal pagi Isnin.
Williams bertelagah dengan pegadil Asderaki pada set kedua perlawanan akhir perseorangan wanita Terbuka Amerika Syrikat, awal pagi Isnin.

PEMAIN Amerika Syarikat, Serena Williams disiasat oleh pegawai Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil selepas kalah kepada Samantha Stosur pada saingan akhir perseorangan wanita, awal pagi Isnin.

Williams dikaitkan dengan kod pencabulan perkataan kepada pengadil, Eva Asderaki pada set kedua dan boleh berhadapan dengan hukuman termasuk denda dan digantung.

Pengadil kejohanan, Brian Early mencatatkan isu ini selepas melihat insiden itu pada rakaman dan akan berbincang dengan Asderaki sama ada Williams perlu didenda atau tidak.

Keputusan ini akan dikeluarkan secepat mungkin oleh Persatuan Tenis Amerika Syarikat.

Sementara itu, Williams pada ketika ini dalam tempoh percubaan selepas turut mengeluarkan kata-kata kesat pada aksi Terbuka AS separuh akhir 2009, selepas kalah kepada Kim Clijsters.

Dia telah didenda sebanyak US82,500 (RM249,657.42) dan diberi amaran jumlah ini akan berganda serta boleh digantung daripada menyertai sebarang kejohanan gram slam jika dia terus melakukan kesalahan ini dalam tempoh dua tahun.

Tempoh itu berakhir pada kejohanan Terbuka AS tahun ini.

Williams kalah pada set pertama, 6-2 dalam masa 31 minit, seterusnya menunjukkan sikap panas barannya pada awal permulaan set kedua apabila tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dengan menjerit “Come on!” selepas Stosur cuba melakukan hantaran kepadanya.

Dia juga tidak bersalam dengan pengadil selepas tamat perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain