suria

AC Milan Sekadar Seri Dengan Lazio

PASUKAN AC Milan hanya sekadar mengutip mata seri, 2-2 pada perlawanan pembukaan Serie A menentang Lazio, awal pagi Sabtu.

Jaringan awal Lazio dilakukan oleh Miroslav Klose dan Djibril Cisse meninggalkan kelab Rossoneri pada awal awal minit ke-12 dan 21 perlawanan, namun penyerang Milan, Zlatan Ibrahimovic merapatkan kedudukan pada minit ke-29.

Babak kedua menyaksikan kedudukan terikat seri dua sama apabila Antonio Cassano menjaringkan gol penting pasukan kendalian Massimiliano Allegri ini.

Ibrahimovic teruja untuk meraih gelaran kali kelapan dalam aksi liga dan kali keenam berturut-turut dalam kariernya.

“Kami masih lagi menjadi pasukan pilihan. Skuad semakin bertenaga berbanding musim lalu dan saya suka dengan pemain-pemain yang baru menyertai pasukan ini,” jelasnya.

Milan telah mengikat empat muka baru iaitu Alberto Aquilani dari Liverpool, Antonio Nocerino (Palermo), Philippe Mexes dan Taye Taiwo.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain