suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejohanan Mr Universe Di Melaka Pada November

KUALA LUMPUR: Tiga ratus ahli bina badan dari 75 negara akan beraksi dalam Kejohanan Bina Badan Dunia Mr Universe 2011 di Melaka dari 9 hingga 14 November ini.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia Kamaruzaman Kadir berkata kali terakhir Malaysia dipilih sebagai venue kejohanan bina badan dunia ialah pada tahun 2000 juga di Melaka.

"Ini satu penghormatan kepada Malaysia dan orang ramai berpeluang menyaksikan pembina badan terkemuka dunia memperaga dan mempamer otot masing-masing untuk merebut gelaran Mr Universe," katanya kepada Bernama.

Kamaruzaman berkata Malaysia akan diwakili oleh beberapa pembina badan yang diketuai Mr Universe sebanyak enam kali, Sazali Abdul Samad.

Selain Sazali, MBBF belum memilih atlet wakili negara ke kejohanan itu.

Kamaruzaman berkata peringkat saringan akan diadakan di Dewan Pay Fong manakala pusingan akhir akan diadakan di pentas khas di kawasan tarikan pelancong di Jonker Walk. - BERNAMA

Artikel Lain