suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stadium Sendiri Untuk Felda United Di Bandar Tun Razak

BANDAR TUN ABDUL RAZAK: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pasukan bola sepak Felda United bakal memiliki stadium sendiri yang akan dibina di bandar ini yang sebelum ini dikenali Bandar Pusat Jengka.

Perdana Menteri, yang memberikan perhatian khusus kepada pembangunan Felda, berkata stadium itu akan dibina dengan kos RM87.9 juta.

"Pembinaan stadium ini dengan kos RM87.9 juta adalah sebahagian daripada peruntukan RM250 juta bagi projek pembangunan bersepadu di Bandar Tun Abdul Razak ini," katanya ketika berucap merasmikan Hari Peneroka 2011 di sini, Khamis.

Pasukan Felda United kini beraksi dalam Liga Super dan tidak mempunyai stadium khusus sebagai gelanggang sendiri.

Najib, yang sentiasa mengikuti perkembangan Felda United dalam perlawanan-perlawanannya dalam liga tempatan, berharap pasukan itu akan mendapat sokongan padu daripada warga peneroka khususnya yang tinggal di sekitar wilayah Jengka dan Mempaga.

"Walaupun Felda United kena belasah dengan jaringan gol yang besar 6-2 kepada Terengganu malam tadi (dalam Liga Super), itu tidak menjadi masalah.

"Saya harap dengan adanya stadium sendiri ia mampu melonjakkan nama Felda United di masa depan," katanya.

Stadium berkenaan dijangka siap dibina dalam tempoh tiga tahun.-BERNAMA

Artikel Lain