suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gunners Sedia Lego Cesc

ARSENAL bersedia untuk "melego" kapten Cesc Fabregas kepada Barcelona dengan harga yang betul, menurut seorang pegawai kanan kelab.

Kelab yang dikenali The Gunners itu sudah menolak tawaran Barcelona sebanyak dua kali pada musim panas lalu. Pada minggu lalu, Arsenal menolak bayaran sekitar £27 juta.

Bagaimanapun, Fabregas tidak menolak hasratnya untuk menyertai kem Nou.

Barcelona khabarnya bersedia untuk menawarkan harga yang lebih tinggi dan Arsenal ingin mengambil kesempatan daripada itu.

Seorang pegawai kanan Arsenal memberitahu media: Tawaran itu dibuat secara rasmi kepada Ketua Eksekutif kami, dan kami menolaknya."

Ditanya sama ada kelab itu menjangka menerima tawaran harga yang lebih baik, sumber itu menambah: "Mungkin, ya, dan sekiranya mencukupi, saya jangkakan kami akan menjualnya (Fabregas)."

Penjaga gol Barcelona, Victor Valdes berasa Fabregas ialah pemain yang hebat.

"Dia pasti menguatkan pasukan Barcelona," katanya. "Saya tidak tahu sama ada ia akan mengambil masa yang panjang, tetapi apa yang saya pasti ialah dia ingin kembali ke kelab yang disertainya semasa budak-budak."

Bagaimanapun, presiden Barcelona Sandro Rosell percaya nilai Fabregas telah merudum sejak tahun lalu.

Artikel Lain