suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Azlan Shah Rasmi Sukan Perak Keenam

IPOH: Sultan Perak Sultan Azlan Shah malam tadi merasmikan Sukan Perak keenam (Super VI) di Stadium Indra Mulia di sini yang melibatkan 3,000 atlet dan pegawai dari kesemua 10 daerah di negeri itu dan enam pasukan jemputan.

S.Jospehine Mary, bekas atlet negara, diberi penghormatan membawa dan menyalakan obor kejohanan manakala jaguh lompat kijang Perak, Mohd Hakimi Ismail, mengetuai bacaan ikrar kejohanan.

Sebanyak 11 acara sukan dipertandingkan dalam sukan dwi-tahunan itu yang berlangsung sehingga Sabtu ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Meor Ismail Meor Akim, berkata penganjuran Super bertujuan mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili Perak dan negara ke kejohanan lebih besar.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain