suria

Karnival Junior Futsal Milo Hidup Bola Sasar Penyertaan Lebih Besar Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Karnival Futsal Junior MILO Hidup Bola keenam Sabtu ini, mensasarkan kira-kira 2,000 penyertaan bawah 12 dan bawah 16, berbanding dengan 1,400 pasukan pada tahun lepas.

Pengarah Eksekutif Unit Produk Perniagaan Kopi dan Minuman Nestle, Don Howard berkata peringkat pertama karnival itu akan diadakan di seluruh negara dengan 32 terbaik pasukan bawah 12 dan 16 lelaki layak untuk pusingan akhir di Planet Sukan Ampang, di sini pada 24 Julai.

Beliau berkata inisiatif korporat Nestle-Milo untuk menanamkan, membimbing, memberikan inspirasi kepada kanak-kanak bagi menikmati kehebatan sukan pada peringkat awal usia lagi.

Di samping itu, karnival tersebut juga untuk mencungkil juara-juara pada masa akan datang dan membantu negara dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi, katanya pada pelancaran karnival itu oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan dan komentator sukan Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby di Indoor Sports Arena, Wisma OCM di sini, Ahad.

Howard berkata hadiah wang tunai sehingga RM15,000 dalam bentuk buku akaun simpanan akan diberikan kepada setiap pemenang kanak-kanak pada peringkat akhir.

Sementara itu Serbegeth Singh berkata futsal yang boleh membantu membina stamina, kepantasan dan pengawalan bola adalah penting bagi memajukan bakat dalam sukan ini, di mana kemahiran yang baik dalam sukan ini adalah penting untuk memupuk seorang pemain bola sepak yang baik.- BERNAMA

Artikel Sebelum

West Ham Calar Rekod Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain