suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelantan Perketat Syarat Permainan Tomoi

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan meletakkan syarat baru dalam penganjuran dan pertandingan sukan tomoi sesuai dengan kehendak dan syariat Islam.

Timbalan Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Mohd Ridza Mohd Zain berkata antara syarat itu ialah peserta pertandingan diwajibkan memakai baju, tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan tangkal (azimat) atau tatu di badan.

Katanya, peraturan itu terkandung dalam syarat yang baru dikuatkuasakan tiga bulan lalu sesuai dengan dasar kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam semua jenis permainan sukan, termasuk yang melibatkan wanita.

"Peraturan baru ini dikuatkuasakan dalam permainan dan pertandingan tomoi yang sebelum ini dilihat lebih menonjolkan pakaian kurang sopan dan mendedahkan aurat, termasuk memakai seluar pendek, memakai azimat atau tangkal serta tatu di badan," katanya, Ahd.

Sehubungan itu, kerajaan menerusi urusetia itu mengambil langkah menggubal syarat dan peraturan baru sesuai dengan kehendak dasar Islam yang dilaksanakan kerajaan negeri berteraskan konsep "Membangun Bersama Islam".

Beliau berkata, selain itu kerajaan juga akan mewajibkan setiap peserta sukan itu menjalani pemeriksaan air kencing bagi memastikan mereka yang menyertai sukan itu tidak dipengaruhi dadah.

Mohd Radzi berkata dengan peraturan itu juga persatuan tomoi kini diletakkan di bawah pengawasan kerajaan negeri dan sebarang permohonan lesen bagi mengadakan sebarang pertunjukan atau pertandingan perlu dibuat melalui persatuan itu.

Sementara itu, beliau berkata, Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO juga mengadakan program Akademi bola sepak peringkat Dewan Undangan Negeri yang melibatkan remaja bawah umur 15 tahun.

Katanya, pihaknya akan meningkatkan aktiviti sukan di negeri ini selaras dengan dasar kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran untuk melahirkan pelajar yang berminat dalam satu-satu jenis sukan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain