suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

450 Peserta Sertai Badminton 1Malaysia Piala MIC 2010

PETALING JAYA: Pertandingan badminton 1Malaysia Piala MIC 2010 yang julung kali dianjurkan oleh Pemuda MIC mendapat sambutan hangat dengan penyertaan seramai 450 peserta pelbagai kaum.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan berkata pertandingan seperti itu dapat menggalakkan semangat kesukanan selain memupuk semangat perpaduan kaum antara rakyat di negara ini.

"Pertandingan ini dianjurkan sempena Hari Malaysia dalam menghormati keunikan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras gagasan 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan saranan 1 Murid 1 Sukan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan itu, Sabtu.

Beliau berkata pertandingan itu menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk piala pusingan, pingat dan wang tunai berjumlah RM800 kepada johan, RM500 kepada naib johan serta RM200 bagi tempat ketiga.

Pertandingan dua hari itu adalah dengan kerjasama Kelab Sukan Komuniti Puchong Perdana, Kawasaki Badminton dan New Vision Badminton Academy sempena sambutan Hari Malaysia.

Turut hadir Ketua Pemuda MIC T. Mohan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain