suria

Hatrik Berbatov Bawa Kemenangan United

Berbatov (kiri) bersama Wayne Rooney dan Ryan Giggs (kanan) meraikan gol ketiga United pada perlawanan menentang Liverpool, Ahad.

PENYERANG Manchester United (United) Dimitar Berbatov mencipta rekod tersendiri apabila berjaya melakukan hatrik pada perlawanan menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad.

Jaringan pertama Berbatov hadir dua minit sebelum separuh masa pertama tamat manakala gol kedua pada minit ke-59.

Ketinggalan 2-0 tidak mematahkan semangat pemain-pemain Liverpool yang terus menerus melakukan asakan sehingga pada minit ke-64, kapten pasukan Steven Gerrard berjaya menyempurnakan tendangan penalti setelah Fernando Torres dijatuhkan Jonny Evans dalam kotak penalti.

Enam minit kemudian, sekali lagi Gerrard menjaringkan gol setelah sepakan percuma yang dilakukan terus menuju ke gol berpunca daripada kesilapan benteng pertahanan United.

Perlawanan semakin sengit setelah kedua pasukan mengutip mata seri 2-2, namun permainan tenang Berbatov menghasilkan satu lagi jaringan pada minit ke-84 apabila tandukannya tepat ke arah gol menewaskan penjaga gawang Liverpool, Reina.

Kemenangan 3-2 ini sekali gus menyaksikan United kembali tampil dengan aksi yang lebih menyakinkan setelah perlawanan sebelum ini hanya mampu mengutip keputusan seri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain