suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Beli Carvalho Dari Chelsea

CHELSEA telah memberi lampu hijau kepada perpindahan pemain pertahanan mereka, Ricardo Carvalho berjumlah £6.6 juta ke Real Madrid untuk bergabung semula dengan bekas bosnya, Jose Mourinho selepas enam tahun berkhidmat di Stamford Bridge.

Perpindahan ini sekaligus membuka laluan kepada Chelsea untuk membeli pemain pertahanan baru bagi menguatkan benteng mereka yang kelihatan rapuh musim ini.

Carvalho, memenangi tiga kejuaraan liga bersama Chelsea dijangka menandatangani perjanjian selama dua tahun dengan opsyen untuk meneruskan khidmatnya selama setahun lagi.

Hubungan Mourinho dengan Carvalho bermula dari Porto apabila jurulatih itu membimbing skuad itu untuk memenangi Piala Juara-Juara Eropah dan kemudian turut membawanya ke Chelsea pada tahun 2004.

Mourinho menjustifikasikan pembelian Carvalho dengan berkata, Real memerlukan pemain pertahanan tambahan untuk memperkukuhkan skuad selepas hajatnya untuk membeli Ashley Cole dan Maicon gagal.

Carvalho, 32, bermain sebanyak 210 perlawanan untuk Chelsea.

Artikel Lain