suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Semua Pemain Wanita Negara Tersingkir Pusingan Kedua Terbuka Australia

CANBERRA: Kesemua tiga pemain wanita negara tersingkir pada pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka Australia di sini, Rabu.

Low Wee Wern, 20, berundur akibat kecederaan ketika mendahului 11-4, 12-10, 11-0 menentang pemain Australia Kasey Brown manakala Delia Arnold tumpas di tangan pemain pilihan utama Jenny Duncalf dari England 3-11, 2-11, 11-8, 7-11.

Seorang lagi pemain negara Sharon Wee turut terkeluar apabila tewas kepada pemain pilihan kelima, Laura Massaro dari England, 4-11, 9-11, 4-11.

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA: Jenny Duncalf (ENG) mn Delia Arnold (MAS) 11-3, 11-2, 8-11, 11-7 Kasey Brown (AUS) mn Low Wee Wern (MAS) 11-4, 12-10, 11-0 (Bersara) Madeline Perry (IRL) mn Annie Au (HKG) 11-8, 11-6, 7-11, 11-4 Laura Massaro (ENG) mn Sharon Wee (MAS) 11-4, 11-9, 11-4 Jaclyn Hawkes (NZL) mn Aisling Blake (IRL) 11-9, 9-11, 11-7, 8-11, 11-6 Alison Waters (ENG) mn Isabelle Stoehr (FRA) 11-4, 11-2, 12-14, 11-9 Donna Urquhart (AUS) mn Engy Kheirallah (MESIR) 11-6, 6-11, 11-2, 11-2 Rachael Grinham (AUS) mn Tania Bailey (ENG) 11-8, 11-8, 11-9. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain