suria

Brown Gantung But Dari Skuad England

Brown kini mahu fokus terhadap kariernya bersama United.
Brown kini mahu fokus terhadap kariernya bersama United.
Brown kini mahu fokus terhadap kariernya bersama United.

PENGURUS England, Fabio Capello terus dihimpit tekanan selepas Wes Brown mengumumkan persaraannya dari tugas antarabangsa sebaik saja disenaraikan dalam skuad menjelang pertemuan dengan Hungary dalam perlawanan persahabatan.

Pemain pertahanan United yang berusia 30 tahun itu menjadi pemain kedua mengundur diri dari skuad England dalam tempoh 24 jam, senarai kesebelasan utama diumumkan selepas penjaga gol Blackburn Rovers, Paul Robinson.

"Selepas berfikir panjang, saya memutuskan untuk bersara dari bola sepak antarabangsa. Pada usia 30 tahun, saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri dan memberi laluan kepada pemain muda.

"Biarlah saya menumpukan perhatian terhadap aksi bersama kelab. Saya berasa bangga kerana diberi peluang untuk mewakili negara sejak di peringkat bawah 15 tahun lagi," katanya.

Sementara itu, Robinson memberitahu dia tidak akan mewakili England jika dia hanya diturunkan selaku penjaga gol pilihan ketiga atau keempat.

FA mengesahkan Brown mengunjungi hotel pasukan England di Watford dan memberitahu Capello bahawa dia mahu berhenti memperkuat skuad The Three Lions.

"Wes Brown sudah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa, petang Ahad. Dia bertemu sendiri dengan Capello dan menyuarakan hasratnya itu," menurut kenyataan FA.

Keputusan itu menyaksikan Brown mengakhiri penampilan sebanyak 23 kali yang bermula dengan pertemuan menentang Hungary pada 1999.

Artikel Berikut

Artikel Lain