KUALA LUMPUR: Seramai 38 ahli Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menentukan barisan kepimpinan badan induk itu bagi tempoh 2010-2014 pada pemilihan semasa Kongres Tahunan ke-47 di sebuah hotel, di Shah Alam, esok.Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata 38 ahli tersebut mewakili 19 ahli gabungan FAM termasuk dua wakil dari setiap ahli gabungan baru, Persatuan Bolasepak Melayu, Persatuan Bolasepak Cina dan Persatuan Bolasepak India. "Sebelum ini, ahli gabungan FAM ialah 16 persatuan dan tahun ini, tiga lagi persatuan yang mewakili kaum turut menjadi ahli dan wakil mereka layak mengundi," katanya kepada Bernama, di sini pada Jumaat.Pada pemilihan itu, perwakilan akan memilih dua timbalan presiden, empat naib presiden dan lapan anggota eksekutif selepas presiden Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, mengekalkan jawatan yang disandang itu sejak 1984, selepas menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup 18 Julai lalu.Tumpuan utama esok pastinya bagi dua jawatan timbalan presiden yang sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad dan Khairy Jamaludin.Redzuan akan bertanding sementara Khairy pula tidak mempertahankan jawatannya.Perhatian perlu diberikan dengan kembalinya bekas timbalan presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam senarai calon timbalan presiden.Tengku Mahkota Pahang itu sebelum ini pernah memegang jawatan berkenaan pada Februari 1992, namun melepaskannya pada bulan Mac tahun berikutnya.Beliau bagaimanapun dipilih memegang jawatan itu semula pada Februari 1994 sebelum melepaskannya kembali pada Julai 2007.Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, pada mulanya turut berminat bertanding jawatan timbalan presiden namun kemudian menarik diri.Berikut adalah senarai calon ahli jawatankuasa eksekutif FAM bagi penggal 2010/2014:Presiden: Sultan Ahmad Shah (menang tanpa bertanding)Timbalan Presiden (dua jawatan)1.Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah2.Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad3.Datuk Che Mat Jusoh4.Tan Sri Annuar Musa5.Datuk Abdul Mokhtar AhmadNaib Presiden (4 jawatan):1.Datuk Afandi Hamzah2.Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar3.Datuk S.Subramaniam4.Datuk Hamidin Mohd Amin5.Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim6.Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim7.Datuk Subahan Kamal8.Datuk Lawrence GimbangJawatankuasa Eksekutif (lapan jawatan)1.Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim2.Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman3.Datuk Hamdan Mohamed Khalib4.Datuk Takiyuddin Hassan5.Datuk Jeffery Low Han Chau6.Datuk Astaman Abdul Aziz7.Datuk Ibrahim Shamsuddin8.Datuk Osman Salleh9.Datuk Soh Chin Aun10.Rosmadi Ismail11.Mej Rani Abdul Rahim12.Wan Mohd Nizam Wan Omar13.S.Sivasundram.-BERNAMA