suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet Iran Cipta Dua Rekod Dunia Biarpun Raih Pingat Perak

KUALA LUMPUR: Saimand Rahman dari Iran memecahkan dua rekod dunia bagi kategori bawah 100kg lelaki, namun terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada hari terakhir Kejohanan Angkat Berat Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC), di Stadium Titiwangsa, di sini pada Jumaat.

Saimand berkata kejayaannya mengangkat 285kg dan memecahkan rekod dunia itu tidak diambil kira kerana dilakukan pada cubaan keempat.

"Selepas percubaan ketiga saya minta untuk buat cubaan keempat. Tetapi dalam pertandingan hanya tiga percubaan diambil kira, jadi saya hanya dapat pingat perak kerana saya lebih berat daripada Kazem (Rajabi Golojeh)," katanya.

Beban 285kg yang berjaya diangkatnya itu adalah 20kg lebih berat berbanding rekod dunia yang dibuat oleh rakan senegaranya Kazem semasa temasya Paralimpik Beijing 2008.

Beliau juga memecahkan rekod junior dunia pada 157.50kg yang dibuat Anastasios Baos dari Afrika Selatan ketika IPC 1992 di Kuala Lumpur.

Saimand sebelum itu mengangkat 265kg pada cubaan ketiganya, berat yang sama berjaya diangkat oleh Kazem, tetapi perbezaan berat badan menyebabkan Kazem meraih emas.

Berat Saimand ialah 156.15kg manakala Kazem 147.60kg. -BERNAMA

Artikel Lain