suria

Terengganu Tumpaskan Perlis 4-2

KUALA TERENGGANU: Terengganu menumpaskan Perlis 4-2 dalam pertandingan bolasepak Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh Wan Mohd Aliff Wan Jasmi pada minit ke-19, Abdul Mamaf Mamat (minit ke-79) dan Mohd Ashaari Shamsudin (minit ke-52 dan 58). Pemain hadapan Perlis Ahmad Aminuddin pula menjaringkan dua gol pada minit ke-45 dan 86, bagi merapatkan kedudukan.

Pada malam ini, Terengganu turun tanpa dua pemain tonggaknya iaitu ketua pasukan Marzuki Yusof dan pemain tengah Zairo Anuar Zelani yang direhatkan berikutan masalah kesihatan.

Perlawanan malam tadi sepatutnya berlangsung di Stadium Utama Kangar, Perlis dipindahkan ke Kuala Terengganu kerana stadium itu digunakan untuk acara lain.

Dengan keputusan perlawanan malam ini, kedudukan Terengganu dalam carta liga semakin mantap di tangga ketiga, di belakang Kelantan dan Selangor. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain