suria

City Pergiat Usaha Buru Torres

Torres tetap menjadi buruan utama City.
Torres tetap menjadi buruan utama City.
Torres tetap menjadi buruan utama City.

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini memberi bayangan awal bahawa dia akan melakukan kejutan dalam pasaran perpindahan pemain dengan mengemukakan tawaran terhadap bintang Liverpool, Fernando Torres untuk berhijrah ke Eastlands.

Pengurus baru The Reds, Roy Hodgson mendedahkan Torres tidak berpuas hati dengan masalah dalaman yang melibatkan pertelagahan di antara pemilik bersama kelab itu, Tom Hicks dan George Gillett di Anfield.

Jerome Boateng, Aleksandar Kolarov, Yaya Toure dan David Silva sudah menyempurnakan perpindahan ke City pada musim panas ini tetapi Mancini masih belum berpuas hati dengan jumlah pemain baru sedia ada.

Mancini masih mahu meneruskan buruan terhadap Torres sehingga pintu perpindahan pemain ditutup pada saat akhir.

"Torres adalah salah seorang penyerang terbaik di Eropah. Dia sudah beraksi untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) selama tiga tahun. Namun segalanya bergantung kepada situasi, harga dan keputusannya," kata Mancini.

Liverpool menamatkan kempen EPL musim lalu di tempat ketujuh menyebabkan mereka gagal melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara Eropah pada musim baru.

Tempat keempat diisi Tottenham Hotspur yang mempamerkan aksi konsisten musim lalu sekali gus menjamin tempat ke kejuaraan Eropah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain