Elaine Koon Kuasai Pentas Gimrama - Sukan | mStar

Elaine Koon Kuasai Pentas Gimrama

KUALA LUMPUR: Gimnas negara Elaine Koon muncul juara keseluruhan bagi kategori gimrama individu keseluruhan pada kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean di sini pada Sabtu.

Koon memungut jumlah mata keseluruhan tertinggi iaitu 98.875 mata.

Meskipun membawa pulang emas, Koon masih tidak berpuas hati dengan persembahannya sepanjang kejohanan.

"Saya telah melakukan beberapa kesilapan dalam kesemua acara. Bagaimanapun saya akan memberi persembahan terbaik dalam pertandingan esok (apparatus individu) untuk mendapatkan empat emas bagi Malaysia," katanya kepada Bernama.

Pingat perak turut menjadi milik negara menerusi Nur Hidayah Abdul Wahid dengan pungutan 92.325 mata manakala gangsa dimenangi Suthinee Omman dari Thailand (78.575 mata).

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata