suria

Benitez Perlu Beberapa Muka Baru

Benitez mahu membawa masuk beberapa pemain baru untuk menyelamatkan Liverpool yang gagal menamatkan sebarang kemarau kejuaraan musim ini. - Foto AFP
Benitez mahu membawa masuk beberapa pemain baru untuk menyelamatkan Liverpool yang gagal menamatkan sebarang kemarau kejuaraan musim ini. - Foto AFP
Benitez mahu membawa masuk beberapa pemain baru untuk menyelamatkan Liverpool yang gagal menamatkan sebarang kemarau kejuaraan musim ini. - Foto AFP

LONDON: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mahu perubahan drastik dalam kelab itu selepas menyaksikan pasukannya, tersingkir daripada Liga Europa di tangan Atletico Madrid, awal pagi tadi.

Walaupun The Reds mencatat kemenangan 2-1 di Anfield, peraturan kelebihan gol di tempat lawan membolehkan Atletico mara ke pusingan akhir, 12 Mei ini.

Penyingkiran itu sekali lagi meninggalkan Liverpool tanpa sebarang trofi musim ini.

Benitez yang masa depannya bersama Liverpool masih tidak diketahui menegaskan pasukannya memerlukan beberapa muka baru untuk bersaing merebut trofi kejuaraan pada musim depan.

"Ada segelintir pihak memberitahu kami memerlukan empat atau lima pemain. Itu jumlah yang kami perlukan.

"Liverpool adalah kelab besar. Terdapat beberapa perubahan dalam tempoh dua atau tiga tahun lalu. Kami perlu mengimbangi dana untuk membawa masuk pemain baru," katanya.

Menurut pengurus kelahiran Sepanyol itu, dia sendiri tidak tahu sama ada Liverpool mempunyai sebarang dana dan segalanya akan diketahui pada musim panas kelak.

Benitez turut mengakui, tuah dan keajaiban tidak mengiringi pasukannya pada musim ini.

"Memang jelas kami mempunyai beberapa masalah. Kami dilanda pelbagai kecederaan dan kekurangan pilihan pemain di bahagian serangan. Namun semua pemain bekerja keras pada perlawanan tadi. Saya amat berbangga dengan mereka," katanya.

Baginya, Liverpool perlu terus fokus dan melakukan yang terbaik pada baki dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EL) musim ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain