suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan Layar: Permulaan terbaik buat Khairul Nizam

LANGKAWI: Pelayar pelapis kebangsaan, Khairul Nizam Mohd Afendy mencapai kejayaan menggalakkan dengan meraih tempat pertama pada perlumbaan kedua di European Laser Radial Championship di Denmark kelmarin.

Beliau menduduki tempat kesembilan pada perlumbaan pertama.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah menerusi emel di sini semalam berkata, kedudukan Khairul Nizam ditangga keenam dari segi kutipan mata masih awal untuk membuat ramalan kejayaannya memandangkan ada beberapa perlumbaan lagi yang beliau perlu harungi.

Seorang lagi pelayar negara Mohd Romzi Mohamad yang turut serta bersama Khairul Nizam akan turut menggalas cabaran Malaysia pada Selasa depan (7 Julai) dalam kategori senior. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain