suria

Malaysia raih dua gelaran di terbuka Indonesia

SAAT MANIS.. Bergu wanita negara,Wong Pei Tty, (kanan),dan Chin Eei Hui (kiri) berjaya merangkul kejuaraan wanita badminton Terbuka Indonesia selepas menewaskan bergu China Chen Shu and Zhao Yunlie di Satidum Istora Senayan semalam. Bergu Malaysia menang straight set 21-16 dan 21-16. Foto AP.

JAKARTA: Malaysia berjaya merebut dua kejuaraan dalam Kejohanan Terbuka Indonesia 2009, iaitu melalui Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki dan pasangan Eei Hui Chin dan Wong Pei Tty dalam acara beregu wanita di Gimnasium Istora Senayan dekat sini.

Lee mencatat kemenangan ke atas pemain tuan rumah Taufiq Hidayat dalam perlawanan straight set 21-9, 21-14 dalam masa hanya 31 minit.

Dalam perlawanan itu Chong Wei berjaya mematikan langkah Taufiq yang dipaksa bermain secara defensif menerusi pukulanpukulan smash tepat ke kubu pemain Indonesia itu.

"Memang saya tak jangka boleh menang, tapi hari ini saya rasa pertahanan Taufiq pun kurang baik," katanya.

Sementara itu strategi bermain rally pasangan Wong Pei Tty dan Eei Hui Chin menjadi apabila berjaya menundukkan beregu China Cheng Shu dan Zhou Yunli yang terkenal dengan corak permainan pantas dan pukulan deras mereka. "Apa yang kami cuba lakukan hari ini adalah mengurangkan risiko untuk mereka bermain corak pantas dan menggunakan tenaga. Nasib kami baik, kami dapat manipulasi keadaan dan menang dalam dua set," kata Pei Pty.

Dengan dua kemenangan itu bermakna, Malaysia menguasai kejohanan tersebut kali ini.

Sementara itu China, India dan Korea masingmasing hanya mendapat satu kejuaraan melalui acara beregu campuran, perseorangan wanita dan beregu lelaki.

China memperolehi gelaran juara beregu campuran melalui gandingan Zheng Bo dan Ma Jin yang menumpaskan beregu Korea Selatan Lee Yong Dae dan Lee Hyo Jung 21-17, 8-21 dan 21-6.

Sementara India merebut gelaran juara perseorangan wanita melalui Saina Nehwal yang mengejutkan lawan dari China Wang Lin dalam perlawanan tiga set 12-21,21-18 dan 21-9.

Korea Selatan pula berjaya merangkul gelaran beregu lelaki melalui Jung Jae Sung dan Lee Yong Dae dalam perlawanan dua set 21-15, 21-18 yang berlangsung selama 43 minit. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain