suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Quzandria Nur menang acara dressage

KUALA LUMPUR: Quzandria Nur, adik kepada jaguh ekuestrian negara Qabil Ambak, menang dalam acara dressage kelas 7 advance (5.1) dengan mengumpul mata keseluruhan 60.26.

Penunggang berumur 27 tahun itu yang menunggang kuda bernama Dexter dan mewakili pasukan 3Q Team mencuri tumpuan pada Siri Piala Premier 2009 di Putrajaya Equestrian Park semalam.

Seorang lagi penunggang kebangsaan Diani Lee ditempat kedua dengan memungut 59.87 mata dan Franchesca Liauw ditempat ketiga (59.34).

Alia Soraya pula menduduki tempat pertama acara novis A kelas 4 (2.2) memungut 64.80 mata untuk menewaskan Datin Noriah Mohammed Yusof yang memungut 64.00 mata sementara Mohd Izri Razali di tempat ketiga (62.60).

Grace Holden pula memenangi acara 1 preparatory, S. Nesa Wathi di tempat kedua dan Raja Alysa Zafria Raja Azlan di tempat ketiga.

Kategori showjumping akan bermula hari ini.

Sebanyak 134 penunggang dari 15 kelab termasuk dari Hong Kong, Thailand, Sweden, Indonesia, Singapura dan Austrlia mengambil bahagian dalam kejohanan selama empat hari berakhir Ahad ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain