suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Chong Wei kalahkan Hafiz Hashim

JAKARTA: Pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei mengalahkan rakan senegara Muhammad Hafiz Hashim dalam pusingan kedua Terbuka Indonesia di sini malam tadi.

Chong Wei mengalahkan Hafiz dalam tiga set 21-7, 19-21 dan 21-7.

Dengan kemenangan ini, Chong Wei akan mara ke pusingan suku akhir untuk bertemu pemain Korea Selatan, Park Sung Hwan yang mengalahkan Simon Santosa dari Indonesia.

Seorang lagi pemain perseorangan negara, Wong Choong Han ditewaskan oleh pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro 8-21, 12-21.

Dalam acara beregu, pasangan Malaysia Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari menewaskan rakan sepasukan Chan Chong Min/Chew Choon Ng 21-16, 21-13.

Pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula menewaskan pasangan China, Guo Zhendong/Xu Chen 16-21, 21-14, 22-20 untuk turut mara ke suku akhir.

Bagi acara beregu wanita, Chin Eei Hui/ Wong Pei Tty mengalahkan pasangan India, Ashwini Ponnappa/Jwala Gutta 21-9 19-21 21-15. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain