suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korea Selatan bida tuan rumah Paralimpik Asia 2014

KUALA LUMPUR: Korea Selatan secara rasmi semalam menyerahkan bidaan kepada Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) untuk menjadi tuan rumah Sukan Paralimpik Asia ke-17 pada 2014.

Presiden APC, Datuk Zainal Abu Zarin berkata, Lembaga APC akan menghantar lima pegawainya ke Incheon, Korea Selatan Julai ini bagi menilai dan melihat sendiri kemudahan sukan untuk orang kurang upaya (OKU) di sana.

"Sebelum ini dua buah negara lain turut menyatakan minat yang sama. Namun setelah melihat kesungguhan yang ditonjolkan oleh Korea Selatan, mereka memberi laluan kepada negara tersebut untuk membuat pembidaan," katanya kepada Bernama selepas menerima pembidaan daripada Pengarah Bahagian Sokongan Sukan Asia, Kim In Hwan.

Zainal berkata, kerajaan Korea Selatan juga mengumumkan untuk membina 17 kemudahan baru sukan bagi memastikan kelancaran penganjuran sukan tersebut.

Beliau berkata, pihak penganjur juga menjangka seramai 6,000 atlet dan pegawai akan terlibat bagi menjayakan kejohanan dwitahunan itu.

Pada 2014, Korea Selatan akan menjadi tuan rumah Sukan Asia.

Sementara itu, bermula tahun hadapan, temasya Sukan Para Asia (Fespic) akan digantikan dengan temasya Sukan Paralimpik Asia dengan Guangzhou, China akan menjadi tuan rumah di mana sebanyak 42 acara sukan akan dipertandingkan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain