suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seri dramatik buat Liverpool, kekal saingi takhta Liga Perdana

LIVERPOOL, England: Yossi Benayoun menjaringkan gol minit-minit terakhir ketika masa kecederaan bagi membolehkan Liverpool mencatatkan keputusan dramatik seri 4-4 terhadap Arsenal, sekali gus meletakkan pasukan itu kekal dalam saingan merampas takhta Liga Perdana Inggeris.

Keputusan itu yang datang mengejut, selepas Andrei Arshavin memberi gol keempat pada minit ke-90, membawa Liverpool - sekurang-kurangnya buat sementara waktu - kembali ke tangga atas berdasarkan perbezaan gol.

Perlawanan berlangsung pukul 3 pagi tadi (waktu Malaysia).

Pasukan Manchester United yang berada di tangga kedua sekarang mempunyai kelebihan dua perlawanan di tangan.

Awal pagi esok (waktu Malaysia) ia akan berdepan dengan Portsmouth.

Fernando Torres dan Benayoun masing-masing menjaringkan dua gol untuk Liverpool.

Ia merupakan keputusan seri 4-4 kali kedua berturut-turut bagi Liverpool selepas tewas dalam kiraan agregat dalam perlawanan Liga Juara minggu lalu. AP

Artikel Lain