suria

Perlis terus terajui takhta Liga Super

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super, Perlis terus memperkukuhkan kedudukannya dengan memperolehi tiga mata penting selepas menundukkan UPB MyTeam 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Dengan kemenangan kesembilan daripada 12 perlawanan, Perlis kini mengumpul 28 mata, kelebihan tiga mata berbanding dua pencabar terdekatnya, Kelantan dan Selangor yang masing-masing memperolehi 25 mata.

Kelantan menjadi tuan rumah dalam perlawanan menentang Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini selepas venue perlawanan dipindahkan daripada venue asal di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu ekoran kejadian rusuhan di luar stadium itu Selasa lepas.

Dalam perlawanan malam tadi Kelantan dan Selangor seri 1-1 tanpa sebarang kejadian yang diingini.

Kelantan berjaya mendahului Selangor pada masa kecederaan di separuh masa pertama menerusi jaringan penyerang Indra Putra Mahayuddin yang menyempurnakan hantaran silang rakan sepasukannya Mohd Norfarhan Mohamad menerusi sepakan 'half volley'.

Bagaimanapun, Selangor menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerangnya Mohd Safee Mohd Sali menerusi sepakan 'volley' pada minit ke79. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain