suria

Sentiasa ada ketika susah dan tiada apa-apa, Athira Yuhada cinta pertama Hafidz Roshdi 

Athira adalah cinta pertama Hafidz Roshdi.

CINTA di antara Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada hanya kembali bertaut selepas beberapa bulan pelakon itu sah bercerai dengan isteri iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pada Julai lalu.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, mendedahkan Athira juga merupakan cinta pertamanya sejak dia berusia 15 tahun lagi.

"Saya kenal dengan Athira sejak umur 15 tahun. Dia cinta pertama saya. Biasalah, ketika itu bercinta on and off... Kejap bercinta, kejap putus.

Shu 2

Hafidz memaklumkan berita pernikahannya pada Sabtu.

"Kami kembali menjalinkan hubungan dan rancang berkahwin selepas saya dan isteri bercerai," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Pada pagi Sabtu, Hafidz memuat naik foto dan video akad nikah dengan Athira atau Athira Yuhada Ab Ghafar di Instagram miliknya sebagai memaklumkan sudah kembali bergelar suami.

Ditanya mengenai keistimewaan Athira, Hafidz memberitahu Athira adalah wanita yang sentiasa bersamanya ketika sedang mengalami kesusahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi tamat zaman duda, kini suami Athira Yuhada

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti tak pernah menipu, bekas isteri tumpang gembira Hafidz Roshdi nikah Athira Yuhada

Hafidz berkata, Athira seorang yang baik hati selain setia berada di sampingnya ketika dia tidak mempunyai apa-apa.

"Athira terima saya seadanya, sentiasa ada semasa saya susah. Dia susah senang bersama saya dari dulu lagi. Dari saya tidak mempunyai apa-apa lagi," ujarnya.

Dalam masa sama, Hafidz merancang membawa Athira bertemu dua anaknya iaitu Humairah dan Umar.

Athira terima saya seadanya, sentiasa ada semasa saya susah.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

"Ya, saya memang rancang untuk kenalkan Athira dekat anak-anak. Supaya mereka mengenali isteri baru saya ini," katanya.

Hafidz turut mengharapkan agar ikatan perkahwinan yang berlangsung pada Jumaat malam itu akan berkekalan sehingga ke syurga.

Semasa dihubungi, Hafidz memaklumkan dia dalam perjalanan berbulan madu bersama isteri tersayang.

553

Hafidz dan Athira dan bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Nama Athira sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dan Shuhada.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat Hafidz terhadap Shuhada pada 22 Februari lalu sah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain