suria

[V] Anak tiri Fizi Ali trauma pergi sekolah, dituduh pembuli isu tekap mulut Ameena

PENYAMPAI radio Fizi Ali tidak pernah menyangka pernikahan kali keduanya pada 23 Oktober lalu bertukar kecoh sehingga menimbulkan pelbagai isu.

Disebabkan itu juga, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, mengambil langkah berdiam diri daripada mengulas mengenai perkara itu agar tidak timbul salah faham mana-mana pihak.

Malah kata penyampai radio Hot FM itu, dia turut sepakat dengan isterinya iaitu Siti Zulaikha, 30, untuk tidak bercakap mengenai pernikahan mereka sebelum ini.

fizi2 - 1

Fizi mengambil langkah berdiam diri daripada terus membuat kenyataan.

"Saya takut kalau beri sebarang kenyataan akan keruhkan lagi keadaan sebab itu saya ambil langkah berdiam diri.

"Isu pernikahan saya heboh diperkatakan, jadi sekarang adalah tempoh untuk tenangkan keluarga.

"Sebelum kahwin pun kami sudah berbincang perkahwinan ini melibatkan keluarga sahaja dan memang tidak memaklumkan kepada sesiapa," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut anak kena tekup dalam foto nikah Fizi Ali, Shakilla Khoriri ada peringatan buat bekas suami - "Kalau Ameena disakiti berdepan dengan saya!"

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali kota janji bawa anak pergi 'waterpark', Ameena seronok sangat sampai tidur pun pegang tangan kakak tiri

Fizi mengulas mengenai ramai meluahkan rasa terkejut apabila dia tiba-tiba mengumumkan sudah bernikah dengan Zulaikha.

Ini termasuk bekas isterinya iaitu aktres Shakilla Khoriri yang memaklumkan tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sehingga menerima pelbagai pertanyaan pelbagai pihak.

Selain isu itu, foto gambar anak tirinya iaitu Damia, 11, dilihat menekup mulut anaknya Ameena Sofea, 4, turut menjadi perbualan hangat termasuk kemarahan Shakilla.

Saya takut kalau beri sebarang kenyataan akan keruhkan lagi keadaan sebab itu saya ambil langkah berdiam diri.

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

Bercakap tentang perkara itu, Fizi memaklumkan Damia melalui fasa trauma apabila rakan-rakan di sekolah turut bercakap tentang tindakan spontannya itu.

"Damia takut nak ke sekolah sebab ramai kawan-kawan dia hantar gambar berkenaan. Rakan-rakan sekolah tuduh dia pembuli.

"Melihat keadaannya itu saya dan isteri cuba tenangkan Damia dan beritahu dia tidak bersalah. Gambar itu hanyalah salah faham dan ia bukan seperti yang digambarkan,” ujarnnya.

fizi1 - 1

Fizi bernikah dengan Zulaikha pada Oktober lalu.

Sementara itu, Fizi juga enggan mengulas lanjut komen Shakilla yang juga mempersoalkan isu gambar itu.

"Saya pernah katakan sebelum ini, apa sahaja yang dia ingin katakan adalah hal dia. Saya dengan hal saya.

"Saya pun tak beritahu dia untuk berkahwin semula kerana perbincangan hanya dilakukan dalam kalangan keluarga," jelasnya.

Untuk rekod Fizi dan Shakilla bercerai pada pada Disember 2021 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain