suria

Foto badan sasa muncul dalam akaun ‘dark side’ Twitter, Khai Bahar tak teragak-agak ambil tindakan 

Foto badan sasa Khai Bahar menjadi bahan akaun Twitter dark side.

PENYANYI Khair Bahar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada pihak menyalahgunakan fotonya untuk tujuan tidak senonoh di media sosial.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, bagaimanapun berkata, setakat ini dia tidak mendapat sebarang laporan daripada peminat atau pengguna media sosial berhubung gambarnya bagi perkara tidak elok.

“Ada ke yang guna gambar saya untuk tujuan tidak senonoh? Saya tak tahu perkara itu.

khai Bahar 2

Khai tidak teragak-agak jika ada pihak bertindak melampau dengan menggunakan fotonya.

“Kalau ada yang keterlaluan, saya mungkin akan ambil tindakan. Tapi setakat ini saya tak tahu ada yang buat begitu,” katanya kepada mStar.

Khai diminta mengulas perkara itu apabila terdapat akaun Twitter 'darkside' yang menghimpunkan gambar dan video lelaki dalam keadaan separuh bogel bagi menarik pengikut.

Foto penyanyi itu yang berada di pusat kecergasan turut dijadikan modal sebagai content akaun berkenaan dipercayai dengan tujuan membangkitkan pemikiran kurang sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin sado makin kelakar! Khai Bahar mengaku pertama kali kendali Twitter, terkejut keluar macam-macam gosip

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar ajar diri kongsi rezeki dengan golongan kurang bernasib baik, hidup pernah susah sebelum jadi penyanyi

Dalam pada itu, Khai berkata, dia mula melakukan aktiviti senaman sejak lapan bulan lalu demi kepuasan diri sendiri selain mahu meningkatkan berat badan dengan membina otot.

"Sebelum ini saya suka joging tapi bila berat badan turun, orang kata saya tak sihat dan sebab itu saya mula main gim.

"Bila orang tegur nampak sakit, saya jadi risau tambahan pula saya seorang yang overthinking.

Khai Bahar 1

Khai kini aktif ke gimnasium selepas ditegur badannya terlalu kurus.

“Berat badan saya dari 63 kilogram sekarang jadi 70 kilogram. Jadi dah dapat badan begini kekalkan agar nampak sihat,” ujarnya.

Sementara itu, Khai meluahkan rasa teruja apabila akhirnya dapat berduet dengan penyanyi kegemarannya iaitu Adira menerusi lagu Pejam.

Kata khai sebelum ini dia sering menyanyikan lagu Ombak Rindu nyanyian Adira dan Hafiz Suip sehingga memasang impian berduet dengan Adira.

Adira Khai 1

Khai tampil dengan single terbaharu bersama Adira.

Lebih membanggakan kata Adira, Pejam ciptaan Audi Mok dan Shazee itu berjaya dirakam dengan sekali 'take' sahaja.

"Selama ini saya selalu nyanyi lagu Ombak Rindu dan pernah pasang niat nak berduet dengan Adira.

"Lagu dan video muzik dirakamkan sekali sahaja... Semoga lagu ini mendapat sambutan baik daripada pendengar," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain