suria

Kontrak CEO Finas ditamatkan 24 jam, Md Nasir anggap dizalimi… Dakwa wujud unsur kroni

Md kamil menganggap dia dizalimi apabila perkhidmatannya ditamatkan dalam tempoh 24 jam.

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) iaitu Prof Dr Md Nasir Ibrahim menganggap dia dizalimi apabila perkhidmatannya ditamatkan dalam tempoh 24 jam.

Md Nasir, 63, berkata, dia juga tidak diberi sebarang ruang untuk perbincangan atau peluang membela diri sekiranya keputusan dibuat melibatkan salah laku integriti atau kes jenayah.

“Saya dapat tahu penamatan ini adalah persetujuan bersama ahli lembaga pengarah (Finas) tetapi saya tidak pernah dipanggil berbincang atau dimaklumkan hal ini lebih awal. Jadi saya rasa dizalimi apabila berlaku begini.

“Kalau ada masalah integriti atau jenayah saya berhak dipanggil untuk membela diri. Namun ia tidak berlaku. Jadi memang terkejut dengan keputusan ini,” katanya kepada pemberita.

553 (2)

Kontrak Md Nasir sepatutnya berakhir pada Oktober depan.

Md Nasir ditemui dalam sidang media yang berlangsung di Ampang, Selangor pada Khamis.

Sesi tersebut dilakukan selepas industri seni digemparkan dengan penamatan perkhidmatannya setelah dia menerima notis pada petang Rabu dan ia berkuat kuasa bermula 1 Jun.

Tambah Md Nasir, dia juga tidak menolak wujud unsur kroni dalam pentadbiran Finas yang kurang bersetuju dengan pendiriannya sekali gus bersepakat untuk tidak lagi bekerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum hentam datang bersemuka dulu!” Md Nasir tegur pihak sering kritik Finas

ARTIKEL BERKAITAN: Finas minta alih kenderaan serta-merta, Seniman pula kata keputusan CEO bersifat peribadi

“Secara peribadi saya tidak menolak wujudnya kroni. Benda ini memang tidak bagus, namun ia pasti akan berlaku dalam mana-mana organisasi.

“Ada manusia begitu yang susah untuk menerima teguran. Contoh paling mudah adalah apabila saya menegur kakitangan yang berada di cafe dalam waktu bekerja. Saya tegur untuk memperbaiki.

“Sidang media ini bertujuan untuk membersihkan nama saya. Saya tidak mahu ada yang anggap bukan-bukan kerana ia berlaku dalam tempoh 24 jam,” ujarnya.

Md Nasir memulakan perkhidmatan pada 1 November 2021 dan kontraknya sepatut berakhir pada 31 Oktober depan.

Dia menerima surat penamatan perkhidmatan itu daripada Pengerusi Finas yang baharu dilantik, Datuk Kamil Othman pada Rabu, pukul 4.30 petang.

Bercakap tentang perancangan peribadi, Md Nasir mahu mengambil tempoh rehat selepas berkhidmat selama 1 tahun 7 bulan namun masih terbuka untuk bekerjasama dalam pembangunan industri filem tempataan.

“Saya reda dengan keputusan ini. Bagilah masa saya berehat dahulu.

“Saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk kemajuan industri filem kita. Saya amat berbesar hati untuk memberi sumbangan,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain