suria

Ali Puteh sedih netizen biadab maki isteri dan arwah ibu, siap hantar mesej lucah... Bakal buat laporan polis

Ali berang terima mesej hina isteri dan arwah ibu.

PELAWAK Ali Puteh terus menerima pelbagai kecaman daripada netizen susulan kemelut yang berlaku melibatkan dirinya dengan balu Allahyarham Abam iaitu Norhidayah Ali.

Terbaharu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, meluahkan rasa kesal apabila isteri dan arwah ibunya turut dihina oleh individu tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ali berkata dia mahu membuat laporan polis berhubung mesej berunsur lucah yang menghina kedua wanita kesayangannya itu.

Ali Puteh terima mesej lucah daripada individu tidak dikenali.

"Hmm sedih saya, sampai begini makian orang pada arwah mak saya dan isteri saya... boleh jumpa kan saya insan ini... saya akan ke balai polis untuk buat laporan InsyaAllah pasti jumpa insan ini," katanya.

Sementara itu, menerusi TikTok, Ali bengang apabila ada netizen mengejek nama bapanya dan menyifatkan ia satu tindakan biadab.

"Kau ada masalah apa dengan aku? Saya bukan koyak, awak cakap fasal bapa saya itu. Kau ingat ini zaman sekolah ke? Kau tahu ke bapa orang ada ke tak ada? Kurang ajar!" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh bangkit isu bil utiliti rumah Abam, dakwa Hidayah tak ambil peduli - “Kalau tak berjaga dah tutup sawang satu rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh sudah pulangkan ‘barang’ dihantar ke rumah, doa dosa pemilik diampunkan

Berang dengan komen netizen itu, Ali berkata dia akan memberi pengajaran kepada individu berkenaan jika mereka diberi peluang bertemu.

Pada Jumaat lalu, Hidayah berkunjung ke kediaman arwah suaminya namun mendakwa tidak disambut baik keluarga apabila kedatangannya tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam.

Selepas kunjungan bersama peguamnya itu, Ali kemudiannya memuat naik video mendedahkan penemuan beberapa barang mencurigakan namun memadam perkongsian berkenaan.

Kemelut Ali Puteh dan balu Abam hangat diperkatakan netizen.

Ali juga mendakwa terdapat unsur-unsur sihir dengan penemuan barang yang dijumpai iaitu garam kasar, daun bidara dan bangkai mengkarung.

Malah Ali turut mempersoalkan tindakan Hidayah yang enggan membayar bil utiliti selama tiga tahun rumah berkenaan ditinggalkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain