suria

Ibu mentua kongsi gambar Hannah Delisha, Imam Shah nikah tapi sayang terkantoi... mereka didakwa nikah tahun lalu! Kemunculan Eleena Sui jadi bukti

Foto yang dimuat naik Eleena pada Februari 2020 mencetuskan tanda tanya.

SELEPAS kontroversi kononnya perkahwinan Hannah Delisha tidak direstui ibu kandung, timbul pula cerita lain yang lebih mengejutkan apabila pelakon itu didakwa sudah berumahtangga dengan Imam Shah lebih setahun lalu.

Spekulasi terbaharu itu muncul gara-gara ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati berkongsi beberapa gambar majlis perkahwinan anak dan menantunya di Facebook termasuk salah satunya merupakan foto yang turut dihadiri pelakon dan model Eleena Sui.

Menerusi foto berkenaan, Eleena yang dilihat memakai busana berwarna biru duduk diapit antara Hannah dan suaminya, Imam Shah di atas pelamin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibu tidak restu... fitnah dan tohmah silih berganti” - Puisi ibu undang tanda tanya perkahwinan Hannah Delisha dan Imam Shah

Memeranjatkan hasil carian mStar di Instagram mendapati pada 19 Februari 2020 Eleena pernah berkongsi gambarnya dalam persalinan yang sama dan kelihatan seolah-olah duduk di kerusi pelamin mirip majlis pernikahan Hannah.



Mariana (tengah) bersama Hannah dan anaknya, Imam Shah.

Menerusi gambar berkenaan Eleena kelihatan berbadan langsing, berbeza dengan penampilan terbaharunya sejak awal Februari lalu yang sedang sarat mengandung anak pertama iaitu pada bulan ketika Hannah dan Imam Shah berkongsi foto pada 18 Februari 2021 dengan penampilan berpakaian nikah.

Justeru timbul tanda tanya bilakah tarikh sebenar Hannah dan Imam, 32, disatukan sebagai pasangan suami isteri?

Sementara itu dalam perkongsian yang sama, Mariana berkata dia sentiasa mendoakan agar perkahwinan Hannah dan anaknya kekal hingga ke syurga.

"Syurgamu merestuimu, anakku. Subhanallah. Allah menentukan segalanya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke syurga.

Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku.

MARIANA YATI

IBU IMAM SHAH

"Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-Alim. Ingat itu Imam dan Hannah, teruskan bersabar.

"Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku," tulisnya menerusi Instagram pada Selasa.

Pada Isnin nama pelakon Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, kembali menjadi bualan ramai selepas didakwa tidak mendapat restu ibunya apabila Noor Ashikin memuat naik bait-bait puisi berjudul Hikayat Antah Berantah yang memberi bayangan seolah-olah tidak merestui perkahwinan anak perempuannya itu.



Foto Eleena Sui bergambar di pelamin yang sama semasa pernikahan Hannah pada 19 Februari tahun lalu menimbulkan tanda tanya.

Lebih mengejutkan, setiap hantaran di laman Instagram sejak 23 Februari lalu turut disertakan dengan tanda pagar #ibutidakrestu.

Gara-gara tanda pagar itu, netizen membuat spekulasi dan mendakwa perkahwinan Hannah dan suami tidak mendapat restu Noor Ashikin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain