suria

Selepas guru dan pelajar kolej, jururawat pula dakwa jadi mangsa gangguan seksual Da'i Syed

Seorang lagi gadis tampil membuat laporan terhadap Da'i Syed.

SELEPAS beberapa wanita termasuk pelajar kolej dan guru membuat laporan berhubung dakwaan gangguan seksual Da'i Syed, seorang lagi mangsa iaitu jururawat tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan pada Isnin.

Wanita yang berusia 26 tahun yang bekerja di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur itu mendakwa menjadi mangsa pada Disember tahun lalu selepas berkenalan dengan suspek pada Mac 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Disiasat 6 kes jenayah seksual! Da’i Syed direman lagi, peguam minta polis ambil tindakan terhadap pengadu buat laporan palsu

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berdasarkan semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan.

"Kita masih lagi menjalankan siasatan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan.



Suspek ditahan reman sekali lagi sehingga Jumaat.

"Polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan semua maklumat yang diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut," katanya menerusi laporan The Star.

Noor Azam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam pada Selasa.

Terdahulu, polis memaklumkan menerima lapan laporan jenayah seksual terhadap suspek iaitu Da'i Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail.

Bagaimanapun, dua daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Menerusi laporan mStar pada Isnin, suspek ditahan reman lagi dan kali ini selama lima hari bermula Isnin bagi membantu siasatan bagi satu kes rogol.

Kita masih lagi menjalankan siasatan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan.

DATUK NOOR AZAM JAMALUDDIN

KETUA POLIS SELANGOR

Perintah reman yang akan berakhir 11 Disember ini terhadap Syed Shah Iqmal atau Da'i Syed, 25, dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad.

Menurut peguam yang mewakili suspek, Syed Amirul Syed Edros, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi dakwaan rogol.

Sebelum ini Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, dilaporkan berkata pihaknya akan menyiasat berhubung dua laporan membabitkan kes rogol dan cabul serta seks luar tabii.

Kes rogol dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.



Syed Shah Iqmal kelihatan tenang ketika hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Berdasarkan laporan, dalam kejadian 22 Oktober lalu itu, mangsa dipelawa keluar makan malam oleh suspek untuk menyambut hari lahirnya di sebuah restoran di Petaling Jaya, kira-kira pukul 9 malam sebelum diajak ke sebuah rumah di Damansara Perdana, Selangor dan dirogol.

Kes kedua berkaitan cabul dan seks luar tabii (seks oral) pula dilaporkan seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi pada 17 Oktober lalu, wanita itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.

Semasa di rumah suspek, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral.

Untuk rekod Syed Shah Iqmal sudah ditahan reman selama 10 hari di IPD Shah Alam sejak 27 November lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain