“Busuk hati sampai nak tutup IG aku, korang dah lebih!” - Zarina Anjoulie, artis senior terus ‘perang’

Zarina bengang dengan segelintir selebriti yang tergamak mewujudkan akaun Telegram untuk menjatuhkan dirinya.

SUSULAN kelantangannya menegur sikap sesetengah artis yang mengamalkan gaya hidup mewah dan suka menunjuk-nunjuk namun tetap merayu bantuan kerajaan, pelakon kontroversi Zarina Anjoulie kini menjadi 'sasaran' segelintir anak seni.

Terbaharu Zarina mengakui mendapat maklumat bahawa dia kini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan artis menerusi aplikasi Telegram.

Antara lain kumpulan artis itu mencadangkan agar laporan polis dibuat terhadapnya selain kepada pengendali laman Facebook dan Instagram yang diguna artis berkenaan.

Bagaimanapun jelas Zarina, dia bukan punca golongan artis menjadi sasaran netizen berhubung isu rayuan bantuan ketika Perintah Larangan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

"Saya nak beritahu, saya bercakap secara umum, itu fakta! Saya pun orang dalam industri dan tahu apa saya cakap.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku bawa Satria Neo buruk pun makan 'steak' dan udang galah la hari-hari” - Zarina Anjoulie tegur artis tak sedar diri minta bantuan

ARTIKEL BERKAITAN: Seniman buat laporan polis, Zed Zaidi dedah ada artis tertekan - “Ramai hubungi saya menangis, rasa terhina dan kata nak bersara”

"Aku tak sebut mana-mana nama pun, korang kata aku punca netizen marah sampai korang kena kecam... mereka memang dah kecam korang pun sebelum tu.

"Sesetengah artis yang betul-betul marah sakit hati sampaikan buat group di aplikasi Telegram untuk membanteras dan kecam Anju gila-gila. Malah nak report Instagram, Facebook dan nak saman Anju," katanya.

Zarina membuat penjelasan tersebut menerusi rakaman video di Instagram pada Selasa.

Video yang dimuat naik olehnya pada Sabtu lalu mengundang rasa kurang senang segelintir artis.

Malah Zarina turut memuatnaik beberapa paparan skrin perbualan daripada Telegram membabitkan beberapa artis senior.

Pada Sabtu lalu, Zarina menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan.

Menerusi rakaman video yang tular di laman sosial, Zarina berkata artis sepatutnya memohon bantuan daripada Persatuan Seniman atau rakan selebriti dalam industri seni, bukannya kerajaan.

Kenyataan Zarina dalam video tersebut mengundang rasa kurang senang segelintir anak seni.

"Itu aku tak puas hati, aku tak ada niat nak menjatuhkan korang atau tutup periuk nasi korang, tapi korang dah lebih-lebih!

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

Sementara itu, Zarina turut mendedahkan dia menyimpan beberapa bukti perbualan di aplikasi Telegram itu dan mendakwa ada dalam kalangan artis menggelarnya dengan nama yang kurang baik.

"Dalam group itu korang aibkan aku, malukan aku dan sebar gambar aku... kenapa semua tergugat dengan aku seorang?

"Dengan screenshot yang aku dapat, aku boleh saman malu korang tau, jadi guna otak sekarang! Semua hina netizen kata IQ rendah, lembu... ingat sikitlah masa korang nak jual produk minta sponsor sana sini, kau memang jenis manusia tak bersyukur.

Seniman buat laporan polis terhadap seorang selebriti yang memuat naik video dikatakan menghina penggiat seni.

"Aku nak korang tahu tanpa netizen siapa nak sokong korang, korang hiburkan mereka? Ya tapi macamlah dia orang tak bayar bil, Astro untuk tengok korang tu! Siapa support korang? Netizen juga! Tolong jangan lupa," ujarnya.

Sementara itu bercakap mengenai gerakan untuk melumpuhkan akaun laman sosialnya, Zarina menyifatkan ia satu perbuatan yang melampau.

"Ini tempat aku tolong orang kongsi review IG percuma, aku banyak buat benda baik untuk bantu orang! Yang aku sakit hati, kalau nak kenakan aku sendiri jangan sampai babitkan orang lain.

"Kalau kau buat aku, ramai orang terkesan sebab aku buat kerja amal melalui IG, busuk hati sampai nak tutup IG aku.

"Itu aku tak puas hati, aku tak ada niat nak menjatuhkan korang atau tutup periuk nasi korang, tapi korang dah lebih-lebih," katanya.

Dalam pada itu Seniman menerusi ahli jawatankuasanya telah membuat laporan polis terhadap pelakon wanita berkenaan.

Zarina Anjoulie, Instagram

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain