suria

Henti sokong produk luar negara, Atikah Suhaime pertama kali beli beg tangan jenama tempatan... Nampak mahal dan berkualiti

Atikah pertama kali membeli beg tangan buatan jenama tempatan.

SUSULAN kontroversi penghasilan beg tangan jenama mewah yang dibuat di China, pelakon Datin Atikah Suhaime bertindak untuk menghentikankan sokongan terhadap produk antarabangsa. 

Pertama kali membuat pembelian jenama tempatan, kata Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, usaha yang dilakukan juga dapat membantu melonjakkan lagi rekaan Malaysia di mata dunia. 

“Sejak kontroversi jenama beg dari Eropah sebenarnya buat di China dan lebih murah, saya tidak ada hati lagi nak beli beg-beg itu semua. 

Atikah pertama kali membeli beg tangan buatan jenama tempatan.

“Saya fikir lebih baik kita sokong jenama tempatan sehingga tahap antarabangsa. Ini pertama kali saya beli beg jenama tempatan,” katanya. 

Atikah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. 

Menerusi video berkenaan dia juga kelihatan teruja apabila menerima bungkusan beg tangan yang dibeli. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas setahun nikah baru dapat ‘honeymoon’, Atikah Suhaime pilih destinasi dalam negara

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime rancang masa depan anak, harap Mulan tak benci

Malah Atikah turut memuji kuati penghasilan produk berkenaan setanding dengan jenama antarabangsa yang pernah digunakan sebelum ini. 

"Saya rasa beg ini nampak sangat mahal. Tak sangka jenama tempatan pun ada kualiti setanding jenama antarabangsa,” ujarnya. 

Atikah membeli dua buah beg tangan jenama pilihannya dengan harga RM199 dan RM179. 

Atikah berhenti menyokong produk beg jenama antarabangsa.

Atikah berhenti menyokong produk beg jenama antarabangsa.

Pada April lalu, seorang individu dipercayai pihak pengilang di China memuat naik sebuah video mendedahkan penggunaan material bagi setiap penghasilan produk mengikut permintaan jenama. 

Menerusi video tular di TikTok, individu itu mendedahkan beberapa jenama mewah dunia telah memilih China sebagai pembuat produk sejak lebih 30 tahun lalu. 

Malah menurutnya barangan yang dihasilkan itu dijual dengan harga lebih mahal mengikut pasaran Amerika Syarikat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain