suria

Pawagam henti tayangan ‘Telaga Suriram’, pengarah rayu beri sedikit masa

Osman meluahkan rasa kecewa apabila tayangan filem Telaga Suriram dihentikan di sesetengah pawagam.

PENGARAH Osman Ali meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah pawagam menghentikan tayangan filem arahannya berjudul Telaga Suriram selepas dua minggu ia dilancarkan. 

Menganggap ia satu perkara yang tidak wajar, Osman, 52, juga memberitahu filem tersebut masih berada dalam kedudukan 10 teratas pilihan penonton berdasarkan semakan yang dibuat. 

Justeru dia berharap karya berkenaan akan terus mendapat slot tayangan agar memberi lebih peluang untuk penonton menyaksikannya. 

Osman berharap agar tayangan filem Telaga Suriram diteruskan.

Osman berharap agar tayangan filem Telaga Suriram diteruskan.

"Masih ada penonton yang datang ke pawagam untuk memberikan sokongan terhadap filem ini. Saya harap ada lagi tayangannya dalam minggu ini tetapi semalam (Rabu) tidak ditayangkan di sesetengah pawagam.

"Saya kecewa kerana kalaulah diberi peluang sedikit masa lagi untuk meneruskan tayangan filem ini, mungkin mereka (penonton) sempat lagi untuk datang ke pawagam," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. 

Osman bagaimanapun tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pihak pawagam dan menghormati keputusan dibuat kerana akur akan tempoh penetapan wajib tayang hanya 14 hari. 

ARTIKEL BERKAITAN: Osman Ali kembali dengan filem misteri, ‘Telaga Suriram’ bakal buat penonton tak senang duduk 

ARTIKEL BERKAITAN: Muka berdarah kena sabit, Shahidan Izwan tahan sakit teruskan penggambaran

Malah dia juga sedar masih ada banyak filem-filem baharu yang menunggu masuk panggung sehingga menyebabkan karya itu dihentikan tayangan. 

"Saya faham ada banyak filem baru yang mahu ditayangkan jadi pihak pawagam memberikan laluan. 

"Semunya atas budi bicara pihak pawagam untuk meneruskan tayangan sekiranya filem tersebut mendapat sambutan baik. Saya tidak salahkan mereka cuma secara peribadi berharap sekiranya dapat tayangan lanjutan, saya bersyukur," ujarnya. 

Saya harap ada lagi tayangannya dalam minggu ini tetapi semalam (Rabu) tidak ditayangkan di sesetengah pawagam.

OSMAN ALI

PENGARAH

Sementara itu bercakap tentang kutipan, Osman tidak menolak kemungkinan komen-komen di media sosial menjadi faktor ia gagal mencapai box-office dalam tempoh singkat. 

Menerima baik setiap maklum balas, dia juga menganggap ada yang cuba 'membunuh' karya tersebut menerusi kritikan yang tidak sepatutnya. 

"Saya terima sebarang kritikan penonton cuma agak terkilan apabila ada terus menghentam terhadap sedikit kekurangan dalam filem ini. 

"Saya cuma kecewa kerana filem baru ditayangkan beberapa hari tetapi ada pihak sudah ‘membunuh’ dengan kritikan tidak membina.

Ellie (kiri) dan Nabila (kanan) antara teraju utama dalam Telaga Suriram.

Ellie (kiri) dan Nabila (kanan) antara teraju utama dalam Telaga Suriram.

"Setiap filem ada kelemahan dan sudah tentu sebagai pengarah saya akan memperbaiki lagi hasil kerja di masa hadapan," luahnya. 

Telaga Suriram merupakan terbitan sulung syarikat Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama produksi milik Osman iaitu Nuansa Films yang mula ditayangkan di pawagam pada 1 Mei lalu. 

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular termasuk Maya Karin, Scha Alyahya, Farid Kamil, Ellie Suriaty dan Nabila Huda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain