suria

Tunang berterusan terima gangguan, Joy Revfa mula ragu-ragu takut tersalah pilih suami

Joy tidak mahu bertemu dengan lelaki kaki perempuan lagi.

USAHAWAN kosmetik Joy Revfa kesal apabila tunangnya masih berterusan menerima gangguan dan kiriman foto lucah di media sosial.

Gara-gara gangguan itu, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 33, berkata dia mula meragui kesetiaan tunangnya yang dikenali sebagai Dr Adrian Yeah.

Bukan sahaja mesej daripada wanita tidak dikenali, malah Joy mendakwa bekas kekasih kepada tunangnya juga turut menganggu hubungan mereka.

joy

Joy enggan bertemu orang yang salah lagi.

"Memang kerap, saya pun tak pasti sama ada tunang saya melayan di belakang saya atau tidak... mungkin ia benar-benar gangguan.

"Kadang kala stres sebab saya nak fokus perniagaan dan keluarga tapi kalau ada gangguan macam ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan salah faham," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Joy mengakui dugaan dalam perhubungan itu membuatkan dia hampir menyerah kerana takut jika tunang hanya berpura-pura mencintai dirinya.

"Dia akan sekat mana-mana perempuan yang menganggu dia cuma saya harap sangat dia tidak berpura-pura setia tapi di belakang hanya Allah saja yang tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka Cina bergelar doktor calon suami Joy Revfa, sudah peluk Islam sejak awal Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa lagi! Joy Revfa batal majlis pernikahan dengan jejaka misteri - “Maaf kepada pihak lelaki atas keputusan drastik ini”

"Banyak kali nak mengalah sebenarnya tapi bila fikir balik saya yang kenalkan dia pada Islam. Takut kalau saya tinggalkan dia, dia takkan jadi mualaf yang baik.

"Saya harap sangat kali ini tak tersalah pilih lagi. Paling takut kalau dijodohkan dengan lelaki kaki perempuan," luahnya.

Berkongsi mengenai perkahwinan, Joy memberitahu dia dan Adrian bakal disatukan tidak lama lagi, namun mereka memilih untuk merahsiakan tarikh hari bahagia.

joy 2

Joy bakal disatukan dengan Adrian tidak lama lagi.

"InsyaAllah kami rancang nak nikah bulan April tahun ini, tapi tarikh itu kami nak awalkan dan rahsiakan dahulu.

"Tak mahu orang ramai tahu," ujarnya.

Untuk rekod, Joy dilamar oleh Adrian pada Jun lalu dan bertunang secara tidak rasmi di hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.

Sebelum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain