suria

Selepas menang 11 trofi di luar negara, ‘Sumpahan Jerunei’ terima pengiktirafan di Malaysia

Nancie dan Wendy teruja apabila Sumpahan Jerunei mendapat pengiktirafan di negara sendiri.

SELEPAS meraih kerjayaan hebat di luar negara, filem Sumpahan Jerunei akhirnya menerima pengiktirafan pertama di Malaysia pada Greatest Award Night 2023 yang berlangsung pada malam Rabu.

Penerbit filem berkenaan iaitu Datuk Nancie Foo dan Datin Wendy Wong berkata, mereka bersyukur apabila penat lelah menghasilkan filem berkualiti mengangat nama negara akhirnya membuahkan hasil.

Nancie berkata, trofi kemenangan menerusi kategori Greatest Outstanding Film Producer sangat bermakna kerana ia merupakan penghargaan pertama dari tanah air sendiri.

"Sumpahan Jerunei berjaya meraih 11 anugerah di luar negara dan kemenangan malam ini membuat ia lebih istimewa disebabkan penghargaan dari Malaysia.

WhatsApp Image 2023-11-09 at 03.37.21 (1)

Wendy (kiri) dan Nancie (kanan) bersama Datuk Ben Tan Pengarah MAD Branding Group.

"Kami bersyukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana menilai filem ini.

"Bukan sahaja kerana Sumpahan Jerunei pernah mendapat anugerah dari luar negara tetapi menilai filem ini sebelum memilih Produksi Seni 2020 sebagai pemenang," katanya.

Nancie berkongsi perkara itu ketika ditemui di Malam Greatest Award Night 2023 yang berlangsung di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, filem yang menangkat adat dan sejarah negeri Sarawak itu menerima trofi bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Anugerah Seni dan Filem Paris pada Mac dan September lalu ia memenangi Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Bebas Toronto Kanada.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumpahan Jerunei cemerlang di luar negara, penerbit gementar menanti reaksi penonton tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sumpahan Jerunei’ buat Bront Palarae tak fikir panjang, genre seram tapi sarat adat dan budaya

Sumpahan Jerunei juga mendapat pengiktirafan menerusi empat kategori iaitu Pengarah Terbaik (Jason Chong), Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah), Skor Muzik Asal Terbaik (Sharon Paul) dan Penerbit Terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo) di Festival Filem Antarabangsa Florence.

Malah pada Anugerah Sinematografi Eropah ke-8 pada bulan Oktober lalu, filem itu turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Uqasha Senrose), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Daiyan Trisha), Pencahayaan Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.

Meskipun menerima pelbagai anugerah namun dua sahabat baik itu masih lagi tidak pernah berhenti untuk menempah nama di luar negara.

Nancie berkata filem Sumpahan Jerunei baharu sahaja habis ditayangkan di American Filem Market Festival dan akan ditayangkan di Berlin European Film Market pada Februari 2024.

Kami sasarkan untuk promosikan Sumpahan Jerunei selama setahun iaitu sehingga Julai 2024.

DATUK NANCIE FOO

PENERBIT SUMPAHAN JERUNEI

"Kami sasarkan untuk promosikan Sumpahan Jerunei selama setahun iaitu sehingga Julai 2024 ia selesai sebab kami masih menyertai pelbagai festival lain lagi," ujarnya.

Bagi menjawab penantian penonton tentang sekual Sumpahan Jerunei, Nancie memberitahu produksi mereka sedang meneliti permintaan penonton.

Jelasya, mereka akan mengambil pelakon yang sama sekiranya filem berkenaan disambung.

"Sebenarnya masih lagi dalam perancangan cuma ketika ini kami ada tiga kertas cadangan lebih menarik dan ia menyasarkan pasaran antarabangsa.

WhatsApp Image 2023-11-09 at 03.37.21

Sumpahan Jerunei terima pengiktirafan pertama di Malaysia.

"Saya tahu ramai yang menunggu sambungan filem ini tapi kami akan lihat juga pasaran antarabangsa... Jika mereka minta sambungan mungkin kami akan terbitkan," ujarnya.

Sumpahan Jerunei adalah inspirasi kisah benar mengenai sejarah kaum Malanau yang sering dikaitkan dengan perkara misteri.

Menerusi filem itu, Produksi Seni 2020 cuba mengupas rahsia di sebalik misteri adat pengebumian kaum berkenaan yang menggunakan Jerunei iaitu kayu belian bagi menempatkan mayat yang menjadi mangsa pembunuhan.

Filem yang menelan belanja RM5 juta itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Yuyun Hikmah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain