suria

Suria FM dan Era cipta sejarah! Segmen pagi bergabung 23 Oktober, catat dalam Malaysia Book of Records 

Suria FM dan ERA bakal bersiaran secara serentak pada 23 Oktober

STESEN radio Suria FM dan Era bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi pada 23 Oktober ini bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Diinspirasikan oleh CelcomDigi dan merupakan pertama kali dalam sejarah penyiaran radio di Malaysia, siaran itu akan menggabungkan dua segmen pagi iaitu Morning Morning Suria dan 3 Pagi Era.

Kedua-dua stesen ini disatukan melalui penjenamaan Era Suria - Di sini Segalanya Terkini yang menjanjikan hiburan radio tanpa batasan.

Segmen tersebut akan menampilkan gandingan penyampai kedua-dua segmen iaitu Ajak Shuib, Suraya, Nabil Ahmad, Azad dan Radin.

Suria 3

DJ Lin dan Hani Fadzil.

Pendengar bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua-dua stesen berkenaan.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid berkata, pihaknya mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama kedua-dua stesen berkenaan.

Jelas Roslinda atau DJ Lin, kerjasama itu merupakan simbolik dalam memupuk semangat silaturahim demi melihat industri penyiaran radio terus berkembang pesat di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran pilih Malaysia, konsert ’+ - = ÷ x (The Mathematics Tour)’ 24 Februari tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cahaya mata dengan Shuib nanti dulu, fokus Watie besarkan empat anak tiri

“Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang.

"Ia sekali gus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio lain untuk mengambil pendekatan sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia," katanya kepada mStar.

DJ Lin berkongsi perkara itu ketika sidang media pengumuman khas Era Suria - Di sini Segalanya Terkini pada Jumaat.

Suria FM dan ERA bakal bersiaran secara serentak pada 23 Oktober

Gabungan tersebut mencatat Malaysia Book of Records.

Sementara itu, Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil pula berkata, gabungan itu akan mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records di bawah kategori dua radio berkolaborasi dalam satu saluran secara serentak.

“Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama.

“Kami percaya bahawa Era dan Suria FM akan gagah bersama,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain