suria

Nadeera Zaini tepati ramalan juara Big Stage 2023, bawa pulang RM100,000

Nadeera tepati ramalan juara Big Stage 2023.

NADEERA Zaini menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Big Stage 2023 (BS2023) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM100,000 berserta sebuah trofi.

Nadeera turut berpeluang merakamkan sebuah lagu baharu bersama komposer dan penulis lirik antarabangsa iaitu Hyuk Shin.

Pada peringkat akhir itu, Nadeera berjaya menewaskan enam peserta lain yang berentap di peringkat akhir mempertaruhkan lagu Never Enough nyanyian asal Loren Allred.

WhatsApp Image 2023-07-10 at 12.04.04 AM

Kesemua peserta bersama hadiah masing-masing.

Manakala menerusi pusingan battle, Nadeera berentap dengan peserta dari Indonesia iaitu Waode menerusi lagu Gundah dan Sepi.

Waode pula diumumkan sebagai naib juara yang menerima hadiah wang tunai RM30,00 berserta trofi dan Putera Muhammad ditempat ketiga membawa pulang RM25,000 dan trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perempuan bertudung menari sakan undang kecaman, rupanya adik peserta Big Stage 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Nadeera Zaini gugur, Ajai minta jangan rasa rendah diri dikecam tak cantik

Tempat keempat pula milik peserta duo dari Korea Selatan iaitu Hoondo yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Tempat kelima dan keenam pula milik Aufa Hanie dan Puteri Khareeza yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Aufa turut membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 selepas terpilih sebagai pemenang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik.

Nadeera

Perjalanan Nadeera dalam BS2023 penuh liku.

Pentas akhir BS2023 menyaksikan tema Ultimatum dimana peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian solo pilihan lagu mereka sendiri dan pusingan Battle Mashup antara peserta.

Persembahan peserta dinilai dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul manakala Datuk Ramli MS bertindak sebagai juri jemputan.

BS2023 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose manakala pelakon Jihan Muse diundang selaku Presiden Netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain