suria

Bilal jadi ‘alarm clock’ Neelofa, senang bangun sahur dan buat ibadah bulan Ramadan

Neelofa harap boleh tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadan.

MENJADI ibu yang mempunyai anak kecil merupakan kesempatan terbaik buat pengacara Neelofa meningkatkan lagi ibadah di bulan Ramadan.

Bagi Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, anak kecil bagaikan jam penggera yang memudahkan dia untuk bangun beribadah waktu tengah malam.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hormon kacau bilau semasa 40 hari berpantang, Neelofa jadi tenang tengok wajah Bilal

ARTIKEL BERKAITAN: Lambat lagi Neelofa nak kongsi wajah Bilal, tunggu besar sikit... Bimbang terkena penyakit ain

"Menjaga anak kecil ini bagaikan alarm clock buat ibu apabila dia terjaga malam untuk menyusu atau sebagainya.

"Jadi lebih mudah untuk saya bangun sahur atau lebihkan masa beribadah di tengah malam.

"Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, saya manfaatkan waktu ini sebaik mungkin untuk tingkatkan amalan," ujarnya kepada mStar.

neelofa 2

Neelofa bersama suami PU Riz.

Bercakap tentang perjalanan kerjaya selepas bergelar ibu, kata Neelofa dia tidak mahu meletakkan sebarang limitasi waktu kerja supaya jadualnya lebih fleksibel.

Dia juga akan memilih tawaran yang bersesuaian dengan waktu dan status sebagai ibu.

"Saya akan terima tawaran kerja yang mana dirasakan sesuai sebab sekarang ada tanggungjawab terhadap keluarga.

Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, saya manfaatkan waktu ini sebaik mungkin untuk tingkatkan amalan

NEELOFA

PENGACARA

"Saya yang perlu peruntukan masa sebaik mungkin untuk kerja dan tugas di rumah.

"Sebagai ibu saya kena tahu bila waktu yang sesuai untuk keluar bekerja supaya tidak abaikan tanggungjawab terhadap anak dan keluarga di rumah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa baru sahaja melancarkan cetakan al-Quran yang diusahakan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN).

Al-Quran tersebut bertujuan untuk diwakafkan dan mana-mana pihak yang ingin berbuat demikian boleh membeli secara atas talian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain