suria

Iqbal akan layan pembantu rumah macam keluarga, sediakan baju ‘branded‘ dan gaji sampai RM5,000!

Rupa-rupanya Iqbal pernah digoda pembantu rumah sebelum ini.

HASRAT usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli mencari tiga orang pembantu rumah wanita dengan beberapa syarat dan kriteria tertentu mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Iqbal, 27, berkata dia mahu pembantu rumah wanita yang lebih berusia kerana pernah berdepan kejadian digoda sebelum ini.

"Arwah ibu saya tidak begitu suka saya ada pembantu rumah kerana pernah ada kes wanita cuba menggoda saya. Bukan sekali dua tapi berulang kali. Ini privasi untuk saya ceritakan lebih. Namun kali ini saya tidak dapat bertahan dek kesibukkan saya terlalu memerlukan orang untuk menjaga kelancaran harian saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cepat jatuh hati, Iqbal tak mahu ambil pembantu rumah muda... Cari ‘maid’ umur 40 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal tak sabar tengok drama Vida dengan PA baharu, sikit pun tak jealous! Tapi teringat dulu dapat gaji RM1,200

"Untuk elakkan ada isu gangguan saya terpaksa ambil pembantu yang boleh berdiri sebagai sifat keibuan. Selain itu risiko kes pembantu lari mencari lelaki sedikit kurang jika saya ambil yang lebih berusia," katanya.

Dalam pada itu bercakap soal gaji, Iqbal berkata, dia akan menilai prestasi mereka terlebih dahulu dan sanggup membayar RM5,000 jika benar-benar layak.

Tambah Iqbal ketika dihubungi mStar, pembantu rumah itu juga perlu menjaga imej dan memakai pakaian jenama kerana berkemungkinan akan menemaninya keluar bekerja.

“Sekarang ni saya dah temuduga dua orang pembantu. Tentang gaji, kita menilai prestasi mereka dahulu... untuk permulaan saya bayar gaji standard pembantu rumah dan maksimum gaji mungkin boleh mencapai RM5,000.

“Walaupun hanya pembantu rumah tapi mereka juga akan dijaga mengenai penampilan, lagi pula jika perlu menemani saya kerja di luar, semestinya perlu pakai baju yang branded dan perlu nampak kemas... saya akan layan mereka sama macam keluarga” katanya.

iqbal 1

Iqbal jawab persoalan netizen di Instastory.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Iqbal memberitahu dia bimbang jika ada wanita yang mudah jatuh hati dengannya dan disebabkan itulah dia meletakkan syarat mencari pembantu rumah berusia 40 tahun ke atas.

Sementara itu, Iqbal berkata dia mahukan pembantu rumah berasal dari Indonesia kerana yakin mereka mampu menguruskan kerja-kerja berat berbanding pekerja dari negara ini.

Jika ambil orang Malaysia (jadi pembantu), setiap musim perayaan akan bercuti, kemudian jika merajuk akan pulang ke kampung halaman!

AHMAD IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

"Tidak terlintas di fikiran saya untuk bersikap rasis. Cuma orang Indonesia lebih sanggup bekerja keras kerana ada sebahagian yang benar-benar susah.

"Mereka terbiasa kerja keras. Saya tidak sampai hati minta orang yang kita kenal basuh jamban, tandas begini.

"Sebab lain, jika orang Indonesia tanpa komitmen lain kerana mereka tiada saudara di sini untuk dikisahkan. Jika ambil orang Malaysia, setiap musim perayaan akan bercuti, kemudian jika merajuk akan pulang ke kampung halaman," ujarnya.

iqbal 2

Iqbal cari pembantu menguruskan rumahnya.

Ditanya mengapa dia mahukan tiga orang pembantu, Iqbal berkata setiap pekerja akan melakukan pengkhususan tertentu supaya mereka tidak terbeban dengan kerja yang terlalu banyak.

"Saya menganggap kerja rumah majoriti lebih teliti jika perempuan yang bekerja, contohnya perempuan ada kepintaran memasak, basuh pakaian dan mengemas pada waktu sama.

"Saya memerlukan banyak kemahiran berbeza. Ada yang saya akan fokus untuk masakan, ada yang pembersihan dan pakaian, ada pembantu perlu ikut saya keluar. Untuk kucing saya perlu dihidangkan daging empat kali sehari. Mahu lihat mereka membesar dengan baik.

"Lagi pula kerja pembantu rumah akan penat. Saya tidak mahu pembantu rasa terlalu beban. Kesibukan saya tidak sama seperti orang lain, terlalu sibuk!" katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain