suria

Eina Azman buat ujian kendiri setiap hari, bimbang dijangkiti Covid-19 kali kedua

Eina ambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang anak-anak dijangkiti Covid-19.

PERNAH positif Covid-19 pada September tahun lalu, pelakon Datin Eina Azman berkata dia mengambil langkah lebih berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dijangkiti buat kali kedua.

Kata Eina, 26, dia melakukan ujian kendiri setiap hari sebelum keluar bekerja dan memasuki set penggambaran.

"Mengenangkan kes tengah naik tinggi sekarang ini semestinya rasa takut tapi kita pun kena bekerja dan tak boleh nak buat apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman diuji lagi, positif Covid-19 pada ulangtahun perkahwinan ke-7

ARTIKEL BERKAITAN: Eina Azman tak boleh cerita hidap penyakit apa, hanya mampu mohon maaf

"Cumanya apa yang saya buat setiap hari lakukan ujian kendiri sebelum penggambaran atau berjumpa orang.

"Saya pernah dijangkiti virus ini, memang saya tak boleh lupa... tak nak lagi terjadi kali kedua sebab anak-anak pun masih kecil, jadi saya cuba jaga sehabis baik," katanya kepada mStar.

eina 1

Eina seronok bawa watak hantu bernama Cik Mek dalam filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

Eina ditemui semasa sidang media filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman berlakon dalam naskhah terakhir Allahyarham Mamat Khalid ini, Eina berkata dia seronok membawakan watak hantu bernama Cik Mek.

Walaupun sakit tapi ini pengalaman menyeronokkan yang saya tak boleh lupakan sepanjang penggambaran filem ini

EINA AZMAN

PELAKON

"Cik Mek ni watak hantu air, mungkin mula-mula orang akan pelik dan tertanya hantu apa ni? Cabaran watak ini ialah menggunakan dialog dalam bahasa baku, agak susah tapi saya selalu tanya pengarah Amen Khalid dan cuba lakukan setiap babak sehabis baik.

"Banyak kenangan saya tak boleh lupakan antaranya salah satu babak saya perlu berlawan macam bersilat, ini kali pertama saya buat, penggambaran dilakukan di sebuah pantai pada pukul 6 pagi.

"Ceritanya semasa latihan untuk babak itu semuanya okay tapi semasa rakaman betul-betul, hidung saya ditumbuk secara tak sengaja oleh watak Yati, sampai saya terbaring... biasalah dalam penggambaran pasti ada benda yang kita tak boleh jangka.

eina 2

Salah satu babak lucu dalam filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.

"Walaupun sakit tapi ini pengalaman menyeronokkan yang saya tak boleh lupakan sepanjang penggambaran filem ini," ujarnya.

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali masih mengekalkan tunggak utama dalam meneraju watak sebagai penduduk Kampong Pisang, seperti Kazar Saisi membawa watak Pak Din, Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar) dan Anis Nisham (Yati).

Istimewa dalam naskhah kali ini, Eina menyanyikan sebuah lagu bersama watak baru Cik Gerhana lakonan Azman Mantra iaitu personaliti media sosial yang pernah tular kerana nyanyiannya.

Tampil sedikit berbeza, ini adalah kali pertama menyaksikan universe Kampong Pisang meletakkan elemen memperkasakan golongan wanita (women’s empowerment) dalam memperkukuhkan jalan cerita.

Filem arahan anak Allahyarham Mamat Khalid iaitu Amen Khalid ini ditayangkan di Astro First saluran 480 sejak Khamis lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain